Rabu, 18 Juni 2014

KEKUATAN TENAGA DALAM POTENSIAL

Kekuatan tenaga dalam dapat dikategorikan sebagai TENAGA POTENSIAL, yakni tenaga yang tersimpan dalam suatu benda diam. Tenaga itu baru akan muncul apabila benda yang menyimpannya diaktifkan. Misalnya sebuah getah/blader, jika ia ditarik atau ditekan selalu akan kembali pada posisinya semula. kekuatan untuk kembali ke posisinya semula itu merupakan tenaga simpanan atau tenaga potensial. Begitu pula dengan sebuah alat pelanting (lastik), apabila kita tarik, kemudian kita lepaskan mampu melontarkan sebuah batu kerikil yang boleh memecahkan kaca jendela.
Setiap manusia dalam kesatuan fizikal dan jiwanya, merupakan benda yang menyimpan tenaga potensial. Tenaga potensial manusia yang tersimpan dalam kesatuan fizikal dan jiwanya itu dapat dibangkitkan melalui suatu proses pengolahan atau penekanan tertentu. Tenaga potensial itu dapat dibangkitkan sekurang-kurangnya melalui tiga saluran/perwujudan Chi iaitu : fizikal yang menghasilkan tenaga otot, perasaan yang menghasilkan tenaga emosi dan fikiran yang menghasilkan tenaga kehendak atau daya cipta. Dan hebatnya, manusia sebagai sumber tenaga potensial memiliki banyak kelebihan dibandingkan dengan sumber-sumber tenaga potensial yang lainnya. Kerana tidak hanya tenaga yang dimilikinya lebih besar, manusia dapat berhubungan langsung dengan sumber daya hidup atau sumber Chi. Kemudian menghisap sebanyak-banyaknya daya hidup atau Chi itu daripadanya untuk dihimpun di dalam dirinya (:tempat untuk menghimpun daya hidup disebut CAKRA). Dengan demikian maka tenaga potensial yang boleh dilontarkan oleh manusia menjadi berlipat kali ganda.
Dalam latihan ini kita hanya akan menghadkan pada teknik membangkitkan tenaga potensial melalui saluran perasaan, yang akan menghasilkan tenaga emosi atau kekuatan tenaga dalam. Ada bermacam-macam cara untuk membangkitkan kekuatan tenaga dalam, antara lain adalah dengan : latihan pernafasan, berpuasa, berdzikir, menglafaz mantera/jampi, atau dengan cara menggabungkan pernafasan -puasa-dzikir dan jampi. Cara yang paling popular dan lebih dapat dipertanggungjawabkan secara rasional ialah membangkitkan kekuatan tenaga dalam dengan latihan pernafasan tanpa puasa, dzikir mahupun jampi serapah. Di samping itu, latihan pernafasan juga tidak banyak mengandung konotasi mistis-magis. Membangkitkan kekuatan tenaga dalam dengan pernafasan bahkan juga boleh meningkatkan kesihatan dan kecergasan.
Kecuali untuk mereka yang ingin belajar sendiri, sesi latihan ini dipersiapkan agar dapat dipelajari oleh sesiapa sahaja tanpa harus memaksakan agama dan kepercayaan masing-masing. Oleh kerana itulah maka cara membangkitkan tenaga dalam dengan pernafasan tanpa puasa, dzikir dan melafaz jampi, menjadi pilihan yang paling tepat untuk disajikan dalam latihan ini. Puasa, dzikir dan mantera, sebenarnya hanyalah merupakan sarana penunjang. Yang terpenting dan pertama sekali harus dilakukan ialah, melatih kesedaran akan adanya suatu kekuatan daya hidup yang dikurniakan oleh Tuhan kepada manusia dalam bentuk unsur-unsur hidup, sifat-sifat hidup dan lain sebagainya, yang kesemuanya itu melalui suatu imej ditingkatkan keberadaannya. Jika hal itu sudah terlatih dengan baik maka apa sahaja yang telah dicipta (kehendak), dirasa (dibatin) dan dilakukan dengan rasa-nya, secara automatis akan menjadi doa, menjadi mantera/jampi dan menimbulkan suatu daya atau kekuatan.

A. PENGETAHUAN DASAR PERNAFASAN TENAGA DALAM
Untuk memperoleh tenaga otot orang perlu makan dan makanan tersebut terlebih dahulu harus dioksidasi dengan oksigen yang berasal dari udara di sekeliling kita. Proses oksidasi makanan terjadi di dalam sel tubuh, dan akan menghasilkan tenaga yang akan digunakan untuk memanaskan tubuh, kerja otot dan kegiatan alat-alat tubuh lainnya. Selain menghasilkan tenaga, proses oksidasi ini juga menghasilkan air dan karbon dioksida sebagai zat-zat sisa yang akan dikeluarkan dari dalam tubuh.
Untuk keperluan oksidasi tersebut orang cukup melakukan pernafasan biasa, seperti yang dilakukan oleh makhluk-nakhluk darat yang lain. Akan tetapi untuk memperoleh tenaga emosi/kekuatan tenaga dalam, orang harus melakukan suatu pernafasan yang tidak biasa yang juga disebut pernafasan tenaga dalam. Sebelum lebih banyak kita berbicara tentang latihan pernafasan tenaga dalam, pengetahuan-pengetahuan di bawah ini harus difahami.

1. Proses Pernafasan
Alat-alat pernafasan manusia berfungsi memasukkan udara yang mengandungi oksigen dan mengeluarkan udara yang mengandungi karbon dioksida dan wap air. Saluran pernafasan terdiri atas: rongga hidung/mulut, pangkal tenggorokan (laring), tenggorokan (trakea) dan paru-paru (pulmo) yang terletak di dalam rongga dada. Rongga dada dibatasi oleh tulang rusuk dan diafragma. Diafragma merupakan sekat yang membatasi rongga dada dengan rongga perut, posisinya melengkung ke atas dan sifatnya elastis (lihat gambar).
Organ Pernafasan
Gambar: Organ Saluran Pernafasan Bernafas meliputi tiga proses, iaitu: menarik/menghirup nafas, menahan nafas dan mengeluarkan/menghembuskan nafas. Keluar-masuknya udara dari dan ke dalam paru-paru disebabkan kerana perubahan volume dari rongga dada. Mengembang dan mengecilnya rongga dada disebabkan kerana berkontraksinya dan mengendurnya otot diafragma dan otot-otot tulang rusuk yang juga dibantu oleh kontraksi otot perut.
Pada waktu menarik nafas, otot diafragma berkontraksi. Pada mulanya kedududkan diafragma melengkung ke atas sekarang menjadi lurus atau mendatar sehingga rongga dada menjadi mengembang. Hal ini disebut pernafasan perut. Bersamaan dengan kontraksi otot diafragma, otot-otot tulang rusuk juga berkontraksi sehingga rongga dada mengembang. Hal ini disebut pernafasan dada.
Akibat mengembangnya rongga dada, maka tekanan dalam rongga dada menjadi berkurang, sehingga udara dari luar masuk melalui hidung selanjutnya melalui saluran pernafasan akhirnya udara masuk ke dalam paru-paru yang ditandai dengan mengembangnya paru-paru.
Sebaliknya, pengeluaran nafas disebabkan kerana melemasnya otot diafragma dan otot-otot tulang rusuk dan juga dibantu dengan berkontraksinya otot perut. Diafragma kembali menjadi melengkung ke atas, tulang-tulang rusuk turun ke bawah dan bergerak ke arah dalam. Akibatnya rongga dada mengecil dan tekanan dalam rongga dada itu naik. Dengan naiknya tekanan dalam rongga dada, maka udara dari dalam paru-paru keluar melalui saluran pernafasan dan akhirnya keluar dari rongga hidung/mulut.
Sedangkan menahan nafas merupakan keadaan di mana kita mempertahankan paru-paru (beberapa saat) dalam keadaan penuh dengan udara atau sebaliknya sama sekali tanpa udara. Sama ada menghirup/menghisap, menahan mahupun menghembuskan nafas, mempunyai kegunaan yang berbeza-beza di dalam ilmu tenaga dalam. Mengenai hal ini akan diterangkan dalam Tahap Tiga kelak.

2. Teknik Pernafasan Tenaga Dalam
Pada dasarnya teknik pernafasan tenaga dalam itu dibahagi menjadi tiga, iaitu:
a. Teknik Pernafasan Dada b. Teknik Pernafasan Perut, dan
c. Teknik Pernafasan Diafragma.
Di dalam praktik ada aliran perguruan tenaga dalam yang hanya memberikan teknik pernafasan dada sahaja, teknik pernafasan perut sahaja, teknik pernafasan diafragma sahaja, atau ketiga-tiganya sekaligus. Apabila orang melatih tenaga dalam dengan teknik pernafasan dada, maka sentral/pusat getar dari kekuatan tenaga dalamnya kelak akan berpusat di dalam dada. Begitu pula jika kita melatihnya dengan teknik pernafasan perut, pusat getar dari kekuatan tenaga dalam kita akan terpusat pada perut. Dan apabila kita melatihnya dengan teknik pernafasan diafragma, maka pusat getar kekuatan tenaga dalam kita akan berpusat pada perut dan dada. Di dalam latihan ini, ketiga teknik pernafasan tersebut akan dilatih secara khusus satu demi satu.
Teknik Pernafasan Dada :- DADA Teknik Pernafasan Perut :- PERUT
Teknik Pernafasan Diafragma :- PERUT & DADA

Teknik Pernafasan Dada Teknik pernafasan dada ini dilakukan apabila pada waktu menarik nafas ke dalam paru-paru dan menghembuskan nafas dari dalam paru-paru, yang berkontraksi (dikembang-kempiskan) hanya otot difragma, otot-otot rusuk dan rongga dada. Pada teknik ini otot-otot perut sama sekali tidak ikut berkontraksi (perhatikan gambar di bawah):
Pernafasan Dada
Pernafaasan Dada
Teknik Pernafasan Perut
Teknik pernafasan perut ini kebalikan dengan teknik pernafasan dada. Teknik pernafasan ini dilakukan apabila pada waktu menarik nafas dan mengeluarkan nafas, ke dalam dan dari paru-paru, hanya otot-otot perut yang berkontraksi. Sedangkan otot-otot rusuk, diafragma dan rongga dada sama sekali tidak ikut berkontraksi ( = tidak ikut mengembang dan mengempis).
Untuk membezakan antara teknik pernafasan dada dan teknik pernafasan perut, cubalah anda berdiri dan ambillah nafas dalam-dalam kemudian tekan pernafasan anda ke bawah pusar. Tahanlah beberapa saat di sana dan cubalah untuk berkata-kata. Apabila kata-kata anda boleh terdengar dengan cukup jelas tanpa harus mengubah posisi kontraksi otot-otot perut, bererti anda telah melakukan pernafasan perut dengan betul.
Perhatikan ilustrasi di bawah ini:
Pernafasan Perut
Gambar: Pernafasan Perut
c. Teknik Pernafasan Diafragma
Teknik pernafasan diafragma ini merupakan kombinasi antara pernafasan perut dan pernafasan dada. Pada waktu menarik dan mengeluarkan nafas ke dalam dan dari paru-paru, sama ada diafragma, otot-otot rusuk, rongga dada mahupun otot-otot perut berkontraksi secara bersama-sama. Jika kita rasakan seolah-olah udara tidak hanya masuk ke dalam paru-paru tetapi juga ke dalam perut.
Perhatikan ilustrasi di bawah ini:
Pernafasan Diafragma
Pernafasan Diafragma
3. Pola Pernafasan Tenaga Dalam
Teknik-teknik pernafasan di atas ( : teknik pernafasan dada, perut dan diafragma), harus dilakukan dengan pola pernafasan yang sudah ditentukan. Pada prinsipnya pola pernafasan itu ada dua jenis, iaitu : Pola Pernafasan Segitiga Samasisi dan Pola Pernafasan Segitiga Tidak Samasisi. Kedua pola pernafasan tersebut mempunyai kegunaan dan tujuan yang berbeza. Pola pernafasan Segitiga Samasisi digunakan untuk keperluan bermeditasi, sedangkan pola pernafasan Segitiga Tidak Samasisi untuk menghimpun/mengumpul dan membangkitkan kekuatan tenaga dalam.
Akan tetapi di dalam praktik, ada perguruan tenaga dalam yang menggunakan pola pernafasan segitiga samasisi untuk membangkitkan kekuatan tenaga dalam. Hasilnya tentu sahaja kurang memuaskan. Dan hal itulah barangkali yang menyebabkan kenapa kekuatan tenaga dalam antara perguruan yang satu berbeza dengan yang lain.
a. Pola Pernafasan Segitiga Samasisi Yang dimaksudkan dengan pola pernafasan segitiga samasisi iaitu suatu pola bernafas yang mengandung muatan masa/kiraan yang sama antara menghirup, menahan, dan menghembuskan nafas. Apabila pada saat menghirup nafas menggunakan masa atau kiraan selama 10 saat, menahan nafas harus dilakukan selama 10 saat dan begitu pula pada masa menghembuskan nafas. Proses menghirup nafas harus dilakukan dengan melalui hidung, menahan nafas (boleh di: dada, perut atau diafragma), dan menghembuskan nafas juga harus melalui hidung. Pola pernafasan Segitiga Samasisi tersebut dapat digambarkan dengan ilustrasi seperti di bawah :
Pola Pernafasan Segitiga Samasisi
Gambar: Pola Pernafasan Segitiga Samasisi Waktu yang digunakan untuk menghirup, menahan, dan mengeluarkan nafas, tidak boleh langsung ke 10 saat. tetapi harus ditingkatkan setahap demi setahap, mulai dari saat yang pertama. Begitu pula pada waktu akan mengakhiri pernafasan juga harus diturunkan sesaat demi sesaat. Pola pernafasan Segitiga Samasisi ini digunakan untuk bermeditasi bukan untuk membangkitkan kekuatan tenaga dalam dan oleh kerana itu maka tidak akan diajar dalam latihan ini.

b. Pola Pernafasan Segitiga Tidak Samasisi
Pola pernafasan Segitiga Tidak Samasisi, iaitu suatu pola bernafas yang juga terdiri dari proses menghirup, menahan, dan menghembuskan nafas, namun muatan masa/kiraan yang digunakan untuk ketiga proses ( : menghirup, menahan dan menghembuskan) tersebut tidak sama. Oleh kerana pola pernafasan ini digunakan untuk membangkitkan kekuatan tenaga dalam pada tenaga getar ( : pusat tenaga atau Cakra), maka penekanan adalah pada lamanya menahan nafas. Peningkatan kiraan hanya dibenarkan dalam proses menahan nafas, sedangkan proses menghirup dan menghembuskan nafas -- tidak. Lamanya menghirup nafas dan mengeluarkan nafas akan disesuaikan secara automatik pada lamanya menahan nafas.
Perhatikan ilustrasi berikut:
Pola Pernafasan Segitiga Tidak Samasisi
Gambar: Pola Pernafasan Segitiga Tidak Samasisi Lamanya menahan nafas pada pola pernafasan tersebut tidak boleh dikira langsung ke kiraan/saat yang ke-10. Melainkan harus ditingkatkan setahap demi setahap, mulai dari kiraan/saat yang pertama. Begitu pula setelah sampai pada kiraan yang tinggi dan kita sudah tidak kuat untuk meningkatkannya lagi, kita harus menurunkan juga sesaat demi sesaat. Hal ini dimaksudkan agar paru-paru dan jantung tidak mendapat beban kerja secara mendadak. Jika latihan tadi dilakukan secara konsisten, besar sekali pengaruhnya bagi kesihatan kedua organ vital tersebut.
Catatan :
-- menghirup nafas dan menghembuskan nafas, sama ada pada pola pernafasan Segitiga Samasisi mahupun Tidak Samasisi harus dilakukan dengan melalui hidung. Begitu pula pada waktu menggira/menghitung lamanya menghirup, menahan dan menghembuskan nafas harus dilakukan dengan dibatin (dalam hati), tidak boleh diucapkan dengan kata-kata. Hal ini dimaksudkan agar tidak terjadi kontraksi otot pada waktu melakukan pernafasan, kerana gerakan sekecil apapun (kecuali rongga hidung dan otot-otot yang menyokong proses pernafasan yang terdapat di bahagian dada dan perut) akan mengurangi tingkat efektivitas/keberkesanan pernafasan. Khususnya pernafasan untuk membangkitkan tenaga dalam.
B. LATIHAN PERNAFASAN TENAGA DALAM
Latihan pernafasan tenaga dalam yang akan diajarkan di dalam sesi latihan ini meliputi : teknik pernafasan dada, teknik pernafasan perut dan teknik pernafasan diafragma. Ketiga-tiga teknik pernafasan tersebut dilakukan secara berurutan, dengan menggunakan pola pernafasan Segitiga Tidak Samasisi.

1. Panduan Latihan Panduan-panduan latihan di bawah ini harus anda perhatikan, agar anda dapat melakukan pernafasan dengan benar, efektif dan dapat memberi pengaruh positif bagi kesihatan fizikal mahupun mental anda.
a. Latihan pernafasan tenaga dalam yang akan diberikan dalam sesi latihan ini harus dilakukan setelah terlebih dahulu anda melakukan gerakan-gerakan pemanasan. paling ideal jika dilakukan setelah melakukan latihan dasar-dasar pertahanan diri tenaga dalam. b. Tempat Latihan
Latihan harus dilakukan di tempat yang terbuka, tidak tercemar oleh pencemaran udara dan jauh dari kesibukan. Latihan dapat pula dilakukan di tempat tertutup asalkan banyak udara yang boleh masuk. Latihan harus dilakukan di atas tanah atau lantai dan tidak diperkenankan menggunakan sebarang alas. Lebih baik jika anda melakukan dengan tanpa menggenakan baju (misalnya, cukup memakai seluar pendek), sehingga dengan demikian badan anda akan berhubungan langsung dengan udara dan tanah/lantai.
c. Masa Latihan :
Pagi :- ( 07.00 pagi sehingga 09.00 pagi ) Petang :- ( 03.00 petang sehingga 05.00 petang )
Malam :- (10.00 malam sehingga 03.30 subuh )
d. Larangan :
Latihan tidak boleh dilakukan dalam keadaan perut kenyang atau sebaliknya dalam keadaan perut kosong sama sekali. Kerana hal ini dapat menimbulkan gangguan pada saluran pencernaan. Latihan tidak boleh dilakukan di luar waktu-waktu yang telah ditentukan di atas, kerana boleh memberi efek/pengaruh yang tidak baik bagi kesihatan fizikal dan mental.
Latihan tidak boleh dilakukan pada waktu cuaca buruk, misalnya pada saat matahari terik, saat mendung, hujan dan banyak guruh.
Pada waktu melakukan latihan, semua indera anda akan menjadi sangat sensitif. Jangan sampai anda disentuh atau diganggu orang lain, kerana boleh menimbulkan gangguan pada sistem saraf anda. Maka jika anda melakukan latihan di tempat terbuka sebaiknya ditunggui oleh orang lain. Dan jika melakukan latihan di dalam ruangan/bilik sebaiknya ruangan itu dikunci.
Pada waktu melakukan pernafasan dilarang "kentut", membuka mata, menggerakkan anggota tubuh dan menghirup atau mengeluarkan nafas ebelum sampai pada waktunya. Jika larangan-larangan itu anda abaikan, maka tenaga dalam anda akan "bocor" dan latihan pernafasan anda menjadi tidak efektif.
Bagi mereka yang memiliki penyakit jantung sebaiknya berjumpalah dulu dengan doktor, sebelum melakukan pernafasan tenaga dalam.
2. Cara Melakukan Latihan Pernafasan Tenaga Dalam
Lakukan latihan pernafasan tenaga dalam secara berurutan sesuai dengan urutan gambar-peragaan dan keterangan-keterangan di bawah ini :
a). Berbaringlah di atas lantai, tanpa alas dan tanpa bantal. Letakkan kedua belah tangan anda lurus dengan kaki, dengan telapak tangan menghadap ke atas. Pusatkan konsentrasi, singkirkan untuk sementara semua keruwetan dan tekanan hidup dari fikiran mahupun perasaan anda. Aturlah pernafasan anda se-selesa mungkin sehingga anda dapat melakukan sikap yang pertama ini tanpa tekanan apapun.
cara baring
Berbaring dengan se-rileks mungkin, semua ketegangan fizikal mahupun mental harus dilepaskan/dikendurkan. Posisi tangan dan kaki harus ditempatkan secara automatik. b). Pejamkan mata (ringan-ringan sahaja), kemudian berdoalah kepada Tuhan untuk meminta kekuatan lahir dan batin. Doa boleh dengan cukup di batin (diucapkan dalam hati) atau diucapkan dengan kata-kata.
c). Sekarang mulailah mengambil nafas melalui hidung, tahan di dada selama 1 kiraan ( : 1 saat). Kemudian keluarkan perlahan-lahan juga melalui hidung. Langsung ambil nafas lagi melalui hidung, tahan di dada selama 2 kiraan. Kemudian keluarkan perlahan-lahan melalui hidung. lakukan pernafasan tersebut dengan meningkatkan kiraannya satu demi satu hingga mencapai pada kiraan yang tidak terbatas/terhad. Setelah mencapai pada suatu kiraan tertentu dan anda merasa sudah terlalu berat, maka turunkan kembali pernafasan satu demi satu dari atas hingga sampai pada kiraan satu.
tangga kiraan
Meningkatkan kiraan dan menurunkan kiraan harus dilakukan setahap demi setahap, tidak boleh sekaligus. Pada saat menghirup nafas, anda harus merasakan seolah-olah menghisap daya hidup atau Chi dari alam. Pada saat menahan nafas, anda harus merasakan seolah-olah daya hidup yang telah diserap itu terhimpun di dalam dada. Dan semasa mengeluarkan nafas, anda harus merasakan seolah-olah daya hidup itu anda sebarkan ke seluruh bahagian tubuh anda. Rasakan adanya suatu sensasi dari perasaan yang teramat nyaman di segenap tubuh anda, yang seolah-olah mengalir bersama dengan hembusan nafas yang keluar dari dalam hidung.
d). Setelah selesai menurunkan kiraan pernafasan hingga ke kiraan 1, sekarang ambil nafas lagi melalui hidung, tekan dan tahan pernafasan itu di bawah pusar/pusat selama 1 kiraan. Kemudian keluarkan perlahan-lahan juga melalui hidung, langsung ambil nafas lagi melalui hidung, tekan dan tahan di bawah pusar selama 2 kiraan kemudian dikeluarkan. Begitu seterusnya dengan meningkatkan kiraan seperti pada waktu melakukan pernafasan dada tersebut di atas.
Pada waktu menghirup nafas, anda juga harus merasakan seolah-olah menghirup daya hidup atau Chi dari alam bebas. Namun pada waktu menahan nafas daya hidup atau Chi yang telah anda serap tidak dihimpun di dalam dada melainkan di dalam perut (tepatnya kira-kira 10 cm di bawah pusar). Pada waktu mengeluarkan nafas, daya hidup harus dirasakan mengalir ke segenap bahagian tubuh anda.
e). Sesudah pernafasan perut selesai, lakukan dengan cara yang sama untuk pernafasan diafragma.
f). Dan setelah melakukan pernafasan diafragma, latihan pernafasan tenaga dalam ini dapat diakhiri dengan bersyukur kepada Tuhan lalu meraupkan kedua telapak tangan ke muka. Bersamaan dengan itu, anda harus membuka mata perlahan-lahan, yang bererti semua rangkaian latihan pernafasan anda sudah selesai.
Dengan melakukan teknik pernafasan dada, perut dan teknik pernafasan diafragma tersebut maka di samping pintu gerbang sumber kekuatan tenaga dalam anda telah terbuka, anda juga telah memiliki cadangan kekuatan tenaga dalam yang tidak kecil jumlahnya. Tentu sahaja jika latihan pernafasan tersebut dilakukan secara rutin dan terus menerus. Persoalan berikutnya yang masih harus anda selesaikan iaitu bagaimana cara menyalurkan/melontarkan kekuatan tenaga dalam yang telah anda kuasai untuk keperluan-keperluan yang baik dan membina/konstruktif.

LATIHAN DASAR PERTAHANAN DIRI TENAGA DALAM

Kekuatan tenaga dalam, seperti yang telah dinyatakan bahawa ianya dapat dinyatakan atau diprojeksikan walaupun tanpa sokongan fizikal. Yang penting adanya rangsangan berupa: rasa amarah atau maksud jahat yang berasal dari luar. Akan tetapi memandangkan dalam praktik pertahanan diri (terutama pada tahap awal) tidak semua orang yang berkelahi mengeluarkan emosi sehingga mengakibatkan ilmu tenaga dalam kita tidak berfungsi, maka perlu kiranya para Pemula tenaga dalam itu dibekali dengan ilmu pertahanan diri biasa (umum). Dengan demikian maka mereka akan lebih percaya diri, di samping itu juga untuk mengantisipasi agar mereka tidak KO (knock-Out) sebelum mereka dapat menggunakan ilmu tenaga dalamnya.
Catatan : Jika anda pernah mengikuti sebarang pelajaran seni mempertahankan diri seperti silat, tae kwan do, karate, dan sebagainya maka anda tidak akan menghadapi masalah dalam menguasai tahap ini.
Latihan dasar pertahanan diri tenaga dalam yang akan diterangkan dalam tahap ini merupakan latihan dasar-dasar seni pertahanan diri Pencak Silat. Terdiri dari: latihan pemanasan, latihan belaan dan latihan serangan. Dalam tahap ini, hanya dasar-dasar serangan dan belaan pencak silat yang penting sahaja yang akan diterangkan.
Walaupun demikian, disarankan agar Pemula (Pelatih) tidak menganggap sepele/mudah bentuk-bentuk latihan dasar ini. Bentuk-bentuk latihan dasar ini telah dipilih dan sengaja disajikan berdasarkan suatu kaedah yang juga akan mempercepat bangkitnya kekuatan tenaga dalam. Latihlah dengan sungguh-sungguh bentuk latihan dasar ini kira-kira selama 10 (sepuluh) hari, sebelum anda mempelajari cara-cara membangkitkan dan mengolah kekuatan tenaga dalam atau energi emosi.
A. LATIHAN PEMANASAN
Latihan pemanasan hanya memerlukan masa antara 10 hingga 15 minit. Masing-masing jenis latihan juga hanya perlu dilakukan kurang dari 2 kali 10 gerakan. Lakukan latihan secara perlahan-lahan mulai dari yang pertama hingga yang terakhir. Jangan dilakukan dengan cara menghentak-hentak, lakukan dengan gerakan yang menyihatkan tubuh. Apa yang harus diingat ialah, latihan pemanasan ini dimaksudkan untuk mempersiapkan kondisi fizikal dan mental guna menghadapi latihan-latihan yang lebih lanjut. Latihan pemanasan juga berguna untuk mencegah terjadinya cedera dan shock (cedera mental).
1. Lari atau Lari Di Tempat.
Latihan lari atau lari di tempat selalu dilakukan pertama kali sebelum latihan-latihan pemanasan yang lainnya. Dengan latihan ini, tidak hanya kaki yang mendapat gerakan pemanasan melainkan juga anggota-anggota tubuh yang lain. Lari atau lari di tempat juga sangat bagus untuk melatih jantung dan paru-paru.
Lari Di Tempat
Lari di tempat dengan tumit dipukulkan pada pantat. Latihan ini juga dapat dilakukan dengan berjalan.
Lari Di Tempat
Lari di tempat dengan paha diangkat tinggi-tinggi. Latihan inipun juga dapat dilakukan dengan berjalan. Untuk menyokong bangkitnya saluran tenaga dalam anda, lakukan latihan-latihan tersebut dengan cara menahan nafas. Mula-mula tahanlah nafas selama 5 gerakan, kemudian ditingkatkan menjadi 10 gerakan, 15 gerakan dan seterusnya dengan selisih 5 gerakan. Pada tahap awal. anda mungkin merasa sukar untuk melakukan latihan ini. Tetapi lama kelamaan latihan dengan cara menahan nafas tersebut akan berjalan secara automatik dan anda tidak perlu harus mengingat-ingat kiraan/hitungan.

2. Latihan Meregangkan Otot Leher
Latihan berikutnya ialah gerakan-gerakan untuk meregangkan kelompok otot-otot leher. Latihan terdiri atas: gerakan leher ke depan dan belakang, ke samping, gerakan setengah pusingan dan gerakan memusing leher penuh. Latihan ini akan membebaskan anda dari rasa kekakuan serta menghindari rasa pening dan sakit kepala setelah melakukan latihan. Perhatikan cara melakukannya pada peragaan berikut ini:
tunduk ke depan
Meregangkan otot leher dengan gerakan ke depan.
Ke arah Belakang
Meregangkan otot leher dengan gerakan ke belakang. Latihan meregangkan otot leher (=ke depan, ke belakang, ke samping, setengah pusingan mahupun pusingan penuh), harus dilakukan masing-masing 2 kali gerakan. Misalnya dengan kiraan satu-dua ke depan dan satu-dua ke belakang dan seterusnya. Latihan ini juga harus dilakukan dengan cara menahan nafas seperti pada latihan lari di tempat. Agar penahanan nafas ini tidak terganggu (=bocor), sebaiknya kiraan satu-dua tersebut di atas tidak perlu disuarakan namun cukup dibatin (di dalam hati) sahaja.

3. Latihan Memompa Tubuh ( Push-up )
Latihan memompa tubuh yang lazim disebut push-up adalah latihan yang fungsinya kecuali untuk pemanasan juga untuk menguatkan otot-otot tubuh bahagian atas: dada, bahu, tangan dan otot-otot punggung/belakang. Latihan memompa tubuh ini bahkan menjadi standard bagi semua aliran seni mempertahankan diri, semakin banyak orang dapat melakukan latihan ini semakin kuat tubuh badan bagian atas orang itu. Cara melakukannya, letakkan kedua telapak tangan anda di lantai. Tarik kedua kaki anda ke belakang sehingga punggung menjadi lurus, kemudian turunkan dada anda ke bawah dan tahanlah beberapa inci dari lantai. Angkatlah badan dengan kedua tangan anda, pastikan agar punggung tetap lurus, kemudian turunkan lagi ke bawah dan tahan lagi beberapa inci dari lantai. Ulangi gerakan tersebut beberapa kali dan tingkatkan kiraannya setahap demi setahap sesuai dengan kemampuan anda.Latihan memompa tubuh ini boleh divariasikan dengan berbagai posisi tangan, misalnya dengan jari-jari tangan mengepal atau dengan menggunakan ujung-ujung jari sebagai tumpuan. Jika anda sudah terbiasa, kerjakan latihan ini sekurang-kurangnya 25 atau 30 kali setiap latihan. Akan lebih baik jika anda dapat latihan dengan menggunakan beban yang wajar (sesuai dengan kemampuan) yang diletakkan di atas punggung anda.Latihan memompa tubuh ini juga dapat dilakukan dengan push-up ular. Cara melakukannya: mula-mula letakkan kedua telapak tangan di lantai, tarik kedua telapak tangan itu lebih dekat dengan kedua kaki sehingga posisi badan anda akan membentuk segitiga dengan pantat sebagai ujungnya. Selanjutnya, gerakkan kepala anda ke bawah lalu melengkung ke atas menyerupai gerakan ular. Gerakan ini harus dilakukan dengan menekuk kedua tangan seperti pada latihan push-up biasa. Perhatikan peragaan-peragaan di bawah ini:
Membentuk posisi segitiga dengan pantat sebagai ujungnya
(Kiraan 1:) Membentuk posisi segitiga dengan pantat sebagai ujungnya.
kepala ke bawah, lalu melengkung ke atas
(Kiraan 2:) Menggerakkan kepala ke bawah, lalu melengkung ke atas langsung ke kiraan yang pertama. Latihan ini juga harus dilakukan dengan cara menahan nafas, seperti pada latihan-latihan sebelumnya.

4. Menguatkan Perut dan Otot-otot Tubuh Bahagian Bawah.
Latihan yang lazim digunakan untuk menguatkan perut dan kelompok-kelompok otot bahagian bawah, ialah latihan Sit-up. Kecuali sebagai pemanasan, latihan ini akan menguatkan perut, punggung bahagian bawah, otot-otot pinggang, otot-otot paha dan betis bahagian belakang. Dengan otot perut dan pinggang yang kuat, maka dapat melindungi organ-organ yang penting yang berada di dalamnya dari benturan yang boleh berupa pukulan mahupun tendangan. Perhatikan cra melakukannya pada peragaan berikut:
Sit-up
Berbaringlah dengan kaki yang lurus dan kedua telapak tangan diletakkan di belakang kepala (memegang kelompok otot leher bahagian belakang).
Sit-up
Angkatlah badan dan kepala anda ke atas dan usahakan agar hidung anda mampu mencium lutut (kaki harus tetap lurus). Kemudian langsung kembalilah ke posisi semula.
Latihan penguatan perut dan kelompok otot-otot tubuh bahagian bawah ini, jika dilakukan secara konsisten, akan sangat menunjang luas dan tidaknya radius tenaga dalam anda terutama pada waktu anda melakukan jurus tenaga dalam yang ke-1 yang akan diberikan dalam tahap 3. Lakukan latihan sit-up ini dengan menahan nafas seperti pada latihan-latihan sebelumnya.

5. Latihan Memutar Lutut
Latihan memutar lutut berfungsi untuk melemaskan sendi lutut, menghilangkan kekakuan dan rasa berat pada kaki. Di samping akan meningkatkan kelincahan, latihan ini sangat penting untuk mencegah terjadinya cedera sendi misalnya terseliuh pada waktu kaki digunakan untuk menendang atau menahan benturan dari alat serang lawan. Cara melakukannya, mula-mula pegang kedua lutut anda dengan kedua tangan anda. Rapatkan lutut anda antara yang satu dengan yang lain, tekuk sedikit kedua lutut anda ke muka sehingga punggung anda akan ikut membungkuk. Selanjutnya putar kedua lutut anda bersama-sama dengan rileks, sesuai dengan arah pusingan jam. Lakukan gerakan itu kira-kira 10 kali kiraan, kemudian balikkan gerakannya berlawanan dengan arah pusingan jam, juga kira-kira 10 kali kiraan/putaran.Yang harus diingat, latihan memutar lutut ini tidak boleh dilakukan dengan tergesa-gesa melainkan harus dilakukan dengan tenang dan dengan gerakan yang efektif. Jika anda masih punya cukup masa untuk melakukan latihan, tingkatkan latihan ini misalnya dengan memutar sendi-sendi yang lainnya: pergelangan tangan, sendi siku, lengan, pinggang dan pergelangan kaki. Perhatikan cara-cara melakukannya pada peragaan-peragaan di bawah:
memutar  sendi lutut
Berdirilah dengan kaki rapat kemudian pegang kedua lutut anda dengan kedua tangan anda, sama seperti posisi orang melakukan rukuk.
memutar sendi lutut
Kemudian tekuk lutut anda ke depan dan putar ke arah kiri (searah dengan pusingan jam) sebanyak 5 putaran. lalu baliklah gerakan itu ke arah kanan juga sebanyak 5 kali putaran dan seterusnya.
Latihan Memutar Pinggul
Latihan Memutar Pinggul: Berdirilah dengan kedua kaki terbuka (kangkang), kemudian pegang kedua pinggang anda dengan kedua tangan anda. Cara memegangnya berbeza dengan pada waktu kita bercekak pinggang, ibu jari harus diletakkan di samping/depan perut bukannya di belakang perut.
dorong pinggul anda ke depan dan putar ke kiri searah dengan pusingan jam
Selanjutnya dorong pinggul anda ke depan dan putar ke kiri searah dengan pusingan jam, sebanyak 5 kali. Baliklah putaran tersebut berlawanan dengan arah pusingan jam sebanyak juga 5 kali pusingan dan seterusnya. Latihan memutar persendian-persendian tersebut berfungsi untuk meningkatkan kelenturan tubuh dan menghilangkan perasaan kaku. Harus dilakukan dengan sebaik-baiknya sesuai dengan panduan, kerana latihan ini akan sangat menyokong penguasaan baik gerakan-gerakan dasar mempertahankan diri mahupun jurus-jurus tenaga dalam. Dan jangan lupa, latihan-latihan tersebut juga harus ditingkatkan dengan cara menahan nafas yang harus ditingkatkan kiraannya setahap demi setahap.

B. TEKNIK-TEKNIK SERANGAN
Serangan di dalam Seni Pencak Silat diertikan sebagai usaha mempertahankan diri dengan cara melancarkan pukulan, tendangan dan lain-lain pada suatu sasaran di bahagian tubuh lawan. Dikatakan sebagai usaha mempertahankan diri kerana pada dasarnya semua teknik di dalam Pencak Silat (sama ada serangan mahupun pertahanan) semata-mata hanya untuk mempertahankan diri atau membela diri. Kepada Pemula/Pelatih diharapkan mengutamakan praktik pertahanan diri terlebih dahulu daripada praktik menyerang. Kata para pendekar :"MUSUH TAK DICARI BERSUA PANTANG LARI." Serangan dasar yang paling popular di dalam Seni Pencak Silat,iaitu memukul dengan kepalan tangan dan menendang dengan ujung telapak kaki, tendangan dengan sisi telapak kaki dan tendangan dengan tumit. Teknik serangan dasar ini harus dikuasai secara baik dan benar, kerana hal ini akan sangat berpengaruh pada penguasaan teknik-teknik serangan di tingkat lanjutan. 

1. Teknik Pukulan atau Jotosan 
Pukulan dengan kepalan tangan (:jotosan) diberi berdasarkan arah lintasan serangan, iaitu: pukulan lurus, pukulan dari arah samping, pukulan dari arah atas ke bawah dan pukulan dari arah bawah ke atas.Kekuatan pukulan Pencak Silat seperti halnya dengan karate dan kung fu, terpusat pada dua buku jari yang besar (jari telunjuk dan jari tengah) yang yang terletak di punggung tangan. Pukulan harus dilancarkan dengan cara menghentakkan tangan, seperti gerakan "sendal pancing" atau cemeti mengayun. Dengan teknik ini maka tangan yang kita gunakan untuk memukul tidak mudah ditangkap dan dipatahkan oleh lawan, di samping itu juga sukar untuk dihindari atau ditangkis. Yang penting, pada waktu mengirimkan pukulan tangan dan kepalan harus dalam keadaan lentur dan rileks, baru setelah mengenai sasaran kepalan tangan diperkeras dan tenaga disalurkan dengan sepenuhnya. Pukulan Pencak Silat tidak boleh dilakukan dengan mengambil awalan, kerana akan mudah diantisipasi oleh lawan. Perhatikan peragaan teknik-teknik jotosan berikut:
cara kepalan yang benar
Cara mengepal yang benar, lipatlah buku-buku jari tangan anda kemudian kancinglah dengan ibu jari anda. Pergelangan tangan harus lurus, tidak boleh bengkok.
Pukulan Depan/Lurus
Pukulan Depan/Lurus : Berdirilah dengan sikap kuda-kuda tengah (=ongkong-ongkong), kepalkan kedua tangan anda dan letakkan di samping pinggang. pukulkan kepalan tangan anda tersebut lurus ke arah depan, bergantian kiri dan kanan. Lakukan latihan ini dengan cara menahan nafas. Mula-mula tahanlah nafas selama 5 gerakan/pukulan, kemudian ditingkatkan menjadi 10 gerakan/pukulan dan seterusnya dengan gandaan 5 pukulan.
Sasaran pukulan depan/lurus adalah dada
Sasaran pukulan depan/lurus adalah dada. Pukulan ini dapat digunakan untuk menyerang semua sasaran yang berada di depan, bawah mahupun atas.
Pukulan Bandul atau Saduk
Pukulan Bandul atau Saduk : Berdirilah dengan sikap kuda-kuda tengah , kepalkan kedua tangan anda dan letakkan di samping pinggang. Pukulkan kepalan tangan anda tersebut dengan arah gerakan dari bawah ke atas atau sedikit dimiringkan ke arah samping.
pukulan bandul atau saduk
Sasaran pukulan bandul atau saduk ialah perut/ulu hati, pinggang/ginjal kiri dan kanan, dagu dan alat kemaluan.
2. Teknik Tendangan 
Tendangan dasar yang paling popular di dalam Pencak Silat ialah tendangan depan dan tendangan belakang. Tendangan depan dilakukan dengan menggunakan ujung telapak kaki, telapak kaki dan sisi telapak kaki atau pedang kaki. Sedangkan tendangan belakang dilakukan dengan menggunakan tumit.Seperti halnya dengan pukulan, agar tendangan itu efektif juga harus dilakukan dengan teknik "sendal pancing". Agar tidak mudah diantisipasi oleh lawan, tendangan juga tidak boleh dilakukan dengan terlebih dahulu mengambil awalan atau ancang-ancang. Yang penting untuk dijadikan sebagai catatan, sangatlah penting memperhatikan keseimbangan badan pada waktu melakukan tendangan. Pada waktu menendang posisi badan tidak boleh terlalu doyong/maju ke depan atau ke belakang. Jangan pula anda menendang terlalu tinggi melampaui kemampuan postur tubuh anda, kerana hal ini di samping akan menjadikan tendangan tidak efektif juga akan memperlemah kedudukan kaki anda yang satunya yang dijadikan sebagai tumpuan.Tendangan yang baik merupakan koordinasi antara sikap tangan, kaki dan badan. Untuk itu maka lakukan latihan dengan perlahan-lahan terlebih dahulu, baru kemudian ditingkatkan dengan menggunakan kekuatan dan kecepatan. Agar diperoleh gerakan automatik (refleks), lakukan latihan secara rutin dan terus menerus. Untuk meningkatkan kekuatan tendangan, dapat dilakukan latihan dengan menggunakan beban. Tetapi latihan dengan menggunakan beban hanya diperbolehkan jika berat beban disesuaikan dengan kemampuan. Peragaan dan keterangan-keterangan di bawah ini menjelaskan tentang bagaimana cara melatih tendangan secara baik dan efektif.
Sikap Pasang Permulaan (Stand)
Sikap Pasang Permulaan (Stand) : Awali semua latihan tendangan dengan stand/sikap pasang seperti gambar di atas. Berdirilah dengan kuda-kuda tengah yang ringan-ringan sahaja, julurkan tangan kiri anda ke depan sementara tangan yang satunya dikepalkan dan diletakkan di depan dada, siap untuk mengantisipasi setiap gerakan dari pihak lawan.
Tendangan Depan
Tendangan Depan yang lazim disebut Tendangan A ialah tendangan yang dilakukan dengan posisi badan menghadap ke muka, dengan lintasan gerakan dari arah belakang ke depan. Bagian kaki yang digunakan untuk dibenturkan pada sasaran ialah hujung depan telapak kaki. Cara melatihnya : mula-mula awali dengan stand/sikap pasang seperti ditunjukkan pada peragaan di atas, tekuk dan angkatlah tinggi-tinggi lutut anda. Ikuti dengan menekuk jari-jari kaki ke atas lalu tendangkan ke depan dengan suatu gerakan menyodok dengan menggunakan hujung telapak kaki bagian depan. Pada saat hujung telapak kaki dibenturkan pada sasaran, seluruh kekuatan harus disatukan pada ujung telapak kaki bagian depan itu. Setelah ditendangkan, segera tarik kembali kaki anda seperti gerakan cemeti mengayun (spring) dan paha tetap diangkat tinggi, lalu letakkan kembali ke lantai untuk membentuk sikap pasang seperti pada waktu akan melakukan tendangan.Pada waktu melakukan tendangan, kedua tangan harus dikepalkan dan diletakkan di samping pinggang. Hal ini dimaksudkan untuk menjaga agar badan tetap adlam keadaan seimbang dan seluruh kekuatan dapat disalurkan. Lakukan latihan tendangan ini dengan cara menahan nafas, misalnya mula-mula menahan nafas selama 3 tendangan kemudian ditingkatkan menjadi 6 tendangan, 9 tendangan dan seterusnya.
Tendangan  Depan atau Tendangan A
Tendangan Depan/Tendangan A
Tendangan  A
Sasaran daripada tendangan depan (Tendangan A) ialah perut/ulu hati dan alat kemaluan. Jika tendangan ini digunakan untuk menyerang bahagian-bahagian tubuh lawan yang berada di luar jangkauan postur tubuh, misalnya untuk menyerang kepala, biasanya menjadi tidak efektif kerana akan kehilangan kekuatan.
Tendangan Belakang
Tendangan Belakang atau yang lazimnya disebut Tendangan B ialah tendangan yang dilakukan dengan posisi badan menghadap ke belakang, dengan arah lintasan tendangan dari arah depan ke belakang. Bahagian kaki yang dibenturkan pada saat melakukan tendangan ialah hujung tumit.Cara melakukannya : Awali dengan sikap pasang/stand, kemudian tendangkan kaki anda yang di belakang ke arah depan. Lakukan tendangan ini dengan memutar tubuh ke kiri atau ke kanan (:bila kaki kiri yang ditendangkan tubuh diputar ke arah kanan dan apabila kaki kanan yang ditendangkan, tubuh diputar ke arah kiri). Pada waktu memutar tubuh, kaki yang dijadikan tumpuan harus dijinjitkan. Untuk menjaga keseimbangan tubuh, pada waktu melakukan tendangan kedua tangan harus dikepalkan dan dirapatkan erat-erat di samping pinggang.
Tendangan B
Tendangan Belakang atau Tendangan B
Agar tendangan belakang ini dapat anda lakukan dengan benar, jangan menoleh pada waktu menendang. Pandanglah lawan melalui selangkangan anda. Setelah kaki ditendangkan, segera tarik kembali kaki anda dengan gerakan emeti mengayun (spring) kemudian letakkan kembali kaki anda untuk membentuk sikap pasang seperti semula. Latihlah tendangan ini juga dengan cara menahan nafas. 

Tendangan Samping
Tendangan Samping atau yang lazimnya disebut Tendangan T adalah tendangan yang dilakukan dengan sikap tubuh miring. bahagian kaki yang dibenturkan pada saat melakukan tendangan iaitu sisi telapak kaki atau "pedang" kaki. Cara melakukan tendangan T ini pada prinsipnya sama dengan tendangan-tendangan yang lain. Latihlah tendangan ini juga dengan cara menahan nafas.
Tendangan T
Tendangan Samping atau Tendangan T : Gunakan salah satu tangan anda untuk melindungi alat kemaluan.
C. TEKNIK-TEKNIK PERTAHANAN DIRI / BELAAN
Di dalam pencak silat, pertahanan diri atau Belaan diertikan sebagai usaha mempertahankan diri dari serangan-serangan lawan dengan cara menghindar, menangkis dan lain-lain, sama ada dilanjutkan mahupun tidak dilanjutkan dengan serangan ke arah tubuh lawan.
Belaan dasar pencak silat yang paling popular ialah belaan/pertahanan diri dengan cara menangkis. Terutama menangkis dengan menggunakan lengan dan menangkis dengan menggunakan lutut. Seperti halnya dengan serangan dasar, belaan dasar ini juga harus dilatih secara baik dan benar kerana akan sangat berpengaruh pada penguasaan teknik-teknik belaan di tingkat lanjutan.
Ada dua teknik utama yang harus dimengerti agar dapat melakukan tangkisan secara baik dan benar. Pertama, jika alat yang kita gunakan untuk melakukan tangkisan adalah bahagian tubuh yang keras (:lutut, siku, kepalan tangan) harus dilakukan dengan teknik benturan. Caranya iaitu dengan membenturkan alat tangkis dengan alat serang lawan, tepat pada saat serangan itu akan mendarat pada bahagian tubuh yang hendak kita lindungi. Teknik tangkisan benturan ini sangat efektif sebagai sarana pertahanan diri, kerana semakin keras serangan yang dilancarkan oleh lawan maka akan semakin parah akibat yang harus diderita oleh lawan. Falsafah para Pendekar : "BARANGSIAPA INGIN MENYAKITI DIALAH YANG AKAN KESAKITAN, BARANGSIAPA INGIN MEMBUNUH DIALAH YANG AKAN MATI."
Teknik yang kedua, jika alat yang kita gunakan untuk melakukan tangkisan adalah bahagian tubuh yang lunak ( ; lengan, telapak tangan, telapak kaki) harus dilakukan dengan teknik yang disebut "teknik tangkap bandol" atau "teknik tangkap bola". Serangan lawan tidak perlu kita tangkis dengan membenturkan alat tangkis dengan alat serang lawan, melainkan cukup dengan cara mengikuti laju alat serang lawan. Pada saat serangan itu akan mendarat/sampai di bahagian tubuh kita, laju serangan lawan kita tahan dengan kekuatan yang ringan-ringan sahaja, selanjutnya kita ikuti lagi laju serangan lawan. Dengan cara demikian maka kekuatan daripada serangan akan musnah sebelum serangan itu mencapai pada sasaran.
Teknik tangkisan tangkap bola ini juga sangat efektif sebagai sarana untuk mempertahankan diri. Dengan teknik ini lawan akan cepat lelah kerana terlalu banyak tenaga yang dibuang-buang secara sia-sia. Dibandingkan dengan teknik tangkisan benturan, teknik yang meminjam tenaga lawan ini lebih sukar untuk dilakukan. Anda yang ingin menguasai teknik ini secara sempurna harus bersedia melatihnya secara terus menerus di samping harus rajin untuk melakukan percubaan-percubaan. Keterangan dan peragaan-peragaan di bawah ini menjelaskan tentang cara melatih tangkisan-tangkisan dasar tersebut di atas.

1. Menangkis Pukulan Lurus
Pukulan lurus biasanya diarahkan pada dada atau muka. Untuk menangkis pukulan lurus kita dapat menggunakan salah satu lengan atau siku. Caranya iaitu dengan menekuk lengan/siku tersebut kemudian membenturkannya (dengan alat serang lawan) ke arah kiri, ke arah kanan atau ke arah atas. Tangkisan ini harus dibarengi dengan menggeser kaki dan memutar pinggang, sehingga badan tetap dalam keadaan seimbang. Tangkisan yang baik dilakukan dengan cepat, tepat pada saat alat serang lawan hampir mendarat pada sasaran.
Menangkis Pukulan Lurus
Sabetkan lengan dan siku anda tepat pada saat pukulan hampir mendarat pada sasaran, jangan terlambat atau mendahului. Putar pinggang anda dan geser kaki kanan anda sedikit ke belakang, sehingga kepalan/alat serang lawan dapat kita buang lebih jauh.

2. Menangkis Pukulan Bandul
Pukulan Bandul atau pukulan Saduk biasanya diarahkan ke ulu hati atau ke arah ginjal kiri dan kanan. Pukulan ini dapat ditangkis dengan menggunakan lengan bawah bahagian dalam. Caranya : lengan bawah bahagian dalam tersebut kita sabetkan ke lengan bawah bahagian dalam milik lawan, ke bawah atau ke samping depan. Gerakan menangkis harus dilakukan dengan teknik tangkap bola atau teknik tangkap bandul. Dengan teknik tersebut maka laju serangan lawan akan dapat dengan mudah dihentikan tanpa menimbulkan rasa sakit pada tangan.
Menangkis Pukulan Bandul
Pukulan Bandul merupakan pukulan jarak dekat, jangan mengambil jarak terlalu jauh agar tangkisan dapat dilakukan dengan lebih baik. Pukulkan lengan anda ke lengan lawan, putar pinggang dan condongkan kuda-kuda anda sedikit ke belakang. Tangkisan lebih aman jika dilakukan dengan jari-jari mengepal.

3. Menangkis Tendangan Depan
Tendangan depan biasanya diarahkan ke bahagian ulu hati/perut dan alat kemaluan. Tendangan depan atau tendangan A yang terlatih dengan baik boleh sangat membahayakan, terutama jika mengenai alat kemaluan. Tendangan ini dapat ditangkis dengan mengangkat lutut ke atas, atau dengan cara mengibaskan telapak tangan (dengan pergelangan tangan yang ditekuk) ke kiri atau kanan. Jika alat tangkis yang kita gunakan untuk menahan serangan adalah lutut, kita harus menggunakan teknik benturan. Dan jika menggunakan telapak tangan, kita harus menerapkan teknik tangkap bola.
Menangkis Tendangan Depan
Geser kaki kiri sedikit ke samping kiri, kibaskan telapak tangan anda ke betis lawan. Gerakan menangkis itu harus dilakukan tepat pada saat serangan hampir mengenai sasaran.

4. Menangkis Tendangan Belakang
Tendangan belakang atau Tendangan B biasanya diarahkan ke bahagian perut ke atas hingga dagu. Apabila dilakukan dengan cepat dan sempurna, tendangan ini sangat sukar diantisipasi. Akan tetapi jika dilakukan dengan sedikit terlambat, tendangan belakang ini malah boleh menjadi senjata makan tuan. Cara yang paling praktis untuk menahan tendangan belakang ialah dengan membenturkan lutut yang kita angkat ke atas dengan alat serang lawan (tumit).
Menangkis Tendangan Belakang
Angkat lutut anda tepat pada saat serangan akan mendarat pada sasaran di bahagian perut kita, bersamaan dengan itu, keprukkan kedua kepalan tangan anda. Tangkisan harus dibuat serapat mungkin sehingga benar-benar boleh melindungi tubuh kita.

5. Menangkis Tendangan Samping
Tendangan Samping atau Tendangan T biasanya diarahkan ke perut atau dada dan hampir tidak efektif jika tendangan ini diarahkan ke muka atau ke alat kemaluan. Meskipun demikian tendangan samping ini sebenarnya lebih sukar ditangkis dengan menggunakan tangan dan kaki. Tendangan ini lebih mudah dihindari dengan sedikit merendahkan kuda-kuda. Inipun harus langsung disusul dengan serangan bawah. Jika tidak disusul dengan serangan, maka hindaran yang kita lakukan hanya akan sia-sia bahkan boleh mencelakakan diri kita sendiri.
Dalam keadaan terjepit tendangan samping dapat kita atasi dengan menangkiskan dua lengan atau siku yang kita rapatkan (blok). Gerakan tangkisan harus dilakukan dengan teknik tangkap bola, sehingga alat tangkis kita tidak terlalu keras membentur pada alat serang lawan. Pada waktu menangkis jari-jari harus dikepalkan untuk menghindari terjadinya cedera pada pergelangan.
Menangkis Tendangan Samping
Tangkislah tendangan samping tepat pada pedang kakinya (sisi telapak kaki). Tangkisan harus dilakukan dengan teknik tangkap bola, serta dengan sedikit menggeser kaki ke belakang. Usahakan agar kepalan tangan tidak terlalu dekat dengan muka.

Sebagai penutup, perlu ditekankan di sini bahawa teknik-teknik serangan mahupun teknik-teknik pertahanan/belaan tidak dapat dikuasai sekadar dengan memahami teori yang diberikan. Teknk-teknik tersebut harus dilatih secara rutin dan terus menerus, sehingga dapat menghasilkan gerakan-gerakan secara automatik/spontan. Di samping itu, apabila anda konsisten dengan teknik latihan penahanan nafas, maka secara berangsur-angsur saluran tenaga dalam anda akan terbuka dan akan terbentuk pula suatu radius tenaga dalam / Aura (= pagar automatik tenaga dalam ). Pada Tahap Empat nanti, anda akan diajari bagaimana cara membuktikan kewujudan pagar tenaga dalam automatik ini.

HIPNOTERAPI MENGHILANGKAN KECANDUAN

Hipnoterapi Menghilangkan Kecanduan
sembuhkan kecanduan hypnosis Kecanduan itu seperti benang ruwet yang sulit diuraikan. Seorang yang kecanduan pun sering merasa tidak mungkin bisa lepas dari kecanduannya.
Syarat agar hipnoterapi bisa menghilangkan kecanduan dengan permanen adalah orang yang bersangkutan harus punya keinginan untuk berubah.
Bukan masalah apabila sekarang Anda merasa tidak berdaya menghentikan kecanduan Anda. Cukup bermodal keinginan kuat untuk berubah dan Anda juga harus punya harapan akan berhasil dengan hipnoterapi, maka kami sangat yakin bisa membantu Anda menghilangkan kecanduan yang cukup berat dalam 1-2 kali terapi saja.
Pengalaman sebagai hypnotherapist membuat kami sangat memahami perilaku kecanduan. Kecanduan bukanlah penyakit. Kecanduan hanyalah pola perilaku yang berawal dari kebiasaan yang sudah tertanam kuat di pikiran bawah sadar. Kami percaya, bahwa satu-satunya sebab kecanduan adalah pengondisian. Seorang bayi lahir di dunia tanpa kecanduan apapun. Anda kecanduan sesuatu karena Anda membiasakan diri dengan sesuatu tersebut, baik secara sadar maupun tidak sadar.
.
apapun jenisnya, perilaku kecanduan punya karakteristik tertentu, diantaranya:
  • Pecandu selalu ingin mengkonsumsi atau melakukannya lagi dan lagi, meskipun tahu hal itu tidak berguna, merugikan diri sendiri, atau berbahaya.
  • Menimbulkan perasaan kurang nyaman, cemas, gelisah, marah, murung, jengkel apabila pecandu tidak bisa mengkonsumsi atau melakukan kecanduannya.
  • Pecandu menjadikan objek kecanduannya sebagai objek pelarian ketika ia mengalami emosi negatif seperti marah, kecewa, sedih, gagal, dsb.
  • Pecandu umumnya pernah mencoba untuk menghentikan kecanduannya, tetapi karena tidak berhasil atau merasa tidak mungkin bisa berhenti, akhirnya pecandu menerima kecanduan itu sebagai bagian dari dirinya.
  • Kecanduan dan kebiasaan buruk akan semakin parah apabila kecanduan atau kebiasaan buruk itu dilakukan semakin lama, semakin banyak diulang-ulang, dan semakin kuat lingkungan mendukungnya.
  • Kecanduan bisa merupakan masalah biologis maupun psikologis. Misalnya kecanduan mengkonsumsi obat bius, kokain, morfin, ganja dan jenis narkoba lain adalah kecanduan yang merupakan kombinasi antara kecanduan secara biologis dan psikologis.
  • Dalam kasus kecanduan narkoba, secara pribadi kami lebih meyakini bahwa yang lebih kuat pengaruhnya adalah dorongan dari pikiran bawah sadar untuk terus mengkonsumsi narkoba, dibanding dengan kebutuhan tubuh terhadap zat kimia dalam narkoba.
Oleh karena itu, upaya penyembuhan kecanduan narkoba dengan obat-obatan sering kali mengalami kegagalan. Banyak penderita yang sudah sembuh namun suatu saat kambuh dan kecanduan lagi. Kambuhnya pecandu narkoba bukan karena tubuhnya secara biologis membutuhkan zat yang terkandung dalam narkoba, melainkan karena pengaruh psikologis, baik dari dalam diri sendiri (sebagai pelampiasan emosi negatif, dorongan pikiran bawah sadar), atau ketidakmampuan menolak ajakan dari teman yang masih menggunakan narkoba. Gagalnya usaha untuk menyembuhkan kecanduan sering kali menimbulkan keputusasaan baik pada diri pecandu maupun keluarganya.
Sedangkan kecanduan belanja, berjudi, game, dan internet merupakan kecanduan psikologis yang murni disebabkan pengondisian, pengaruh lingkungan atau karena terbiasa melakukan sesuatu berulang-ulang. Kecanduan rokok, minuman keras (alcoholic), mengunyah permen karet, kecanduan minuman cola atau bersoda, dan kecanduan makanan atau minuman lainnya sebenarnya juga merupakan kecanduan yang bersifat psikologis.
Zat kimia yang terkandung dalam rokok, minuman keras, permen, cola atau soda mungkin memang punya pengaruh adiktif, tapi pengaruhnya terhadap tubuh sangat-sangat kecil. Seandainya suatu saat pecandu tidak bisa mengkonsumsi makanan atau minuman itu dalam waktu yang lama, maka hanya menimbulkan gejala emosi seperti gelisah, rasa kurang nyaman, atau emosi negatif lain, tapi sama sekali tidak membahayakan fisik. Berbeda dengan pecandu narkoba yang bisa mati atau minimal sangat menderita secara fisik apabila tidak mendapatkan zat adiktif yang dibutuhkan tubuh.
Beberapa kecanduan dan kebiasaan buruk yang sangat bisa dihentikan dengan hipnoterapi dalam waktu cepat antara lain:
  • Kecanduan Narkoba, apapun jenisnya. Bisa sembuh total asalkan pecandu benar-benar ingin menghilangkan kecanduannya.
  • Kecanduan Alkohol - Alcoholic sering disebabkan karena masalah emosi yang tidak terselesaikan, kecemasan, rasa takut, stress, depresi dsb. Agar seseorang bisa sembuh dari kecanduan alkohol dan tidak kambuh lagi, maka perlu diselesaikan akar masalahnya.
  • Kecanduan Obat Sakit Kepala, Obat Tidur, Obat Penenang atau obat-obatan lainnya - Setelah kami menangani klien yang kecanduan obat sakit kepala, kami baru membuktikan sendiri bahwa apa yang tertulis dalam buku-buku hipnoterapi bahwa kecanduan obat-obatan sering disebabkan oleh depresi, kecemasan, stress dan emosi negatif lainnya. Gejala sakit kepala yang sering kambuh merupakan psikosomatis, dan obat sakit kepala hanya menghilangkan sakit sementara.
  • Ketagihan Belanja (shopaholic) - Dulu sebelum membuka praktek hipnoterapi, kami sama sekali tidak menyangka bahwa orang yang mengalami kecanduan belanja di Indonesia sangat banyak, terutama wanita dari kalangan ekonomi menengah ke atas.
  • Kecanduan Gossip - Tahu bahwa menggosip tidak ada gunanya, tapi tidak mampu menghentikannya. Selalu ingin tahu gosip-gosip selebritis, seolah-olah gosip selebritis adalah informasi yang sangat penting.
  • Kecanduan Menonton Televisi, menonton sinetron, menonton berita kriminal, atau acara lainnya sampai-sampai mengabaikan pekerjaan yang lebih penting.
  • Kecanduan Makanan Ringan, Kacang, Kerupuk, Wafer, Keripik Kentang, atau makanan ringan lainnya. Kecanduan ini memang tidak terlalu berbahaya, tapi merupakan salah satu penyebab kegemukan.
  • Kecanduan Coklat - Kecanduan terhadap produk olahan berbahan dasar coklat, misalnya eskrim coklat, wafer coklat, dan kue coklat, juga menyebabkan obesitas.
  • Kecanduan Minuman Ringan - Kopi, teh, soda, cola, sirup merek tertentu. Dalam kondisi sehat dan selama mengkonsumsi dalam jumlah yang wajar, maka tidak ada masalah serius walaupun Anda kecanduan minuman ringan tertentu. Masalah terjadi apabila Anda menderita diabetes (kencing manis) dan diharuskan untuk mengurangi konsumsi gula, termasuk yang terkandung dalam minuman ringan.
  • Kecanduan Gula, permen atau makanan dan minuman yang manis - Sangat berbahaya karena selain menyebabkan kegemukan, juga memicu kencing manis.
  • Kecanduan Teknologi - Selalu ingin membeli atau mengetahui produk-produk teknologi terbaru, semisal Laptop dan Hand Phone. Menghabiskan banyak uang untuk membeli produk berteknologi terbaru yang sebenarnya kurang bermanfaat. Apabila pecandu teknologi adalah orang yang tidak punya uang untuk membeli, maka dia selalu mencari informasi dan mengamati perkembangan teknologi melalui internet atau majalah. Hilangkan kecanduan anda, maka anda bisa menabung lebih banyak..!
  • Kecanduan Komputer, Internet, Game, Chating - Biasanya penderita kecanduan jenis ini merasa "lebih hidup" apabila bermain dengan komputer atau internet, akan tetapi kemampuannya bergaul dalam masyarakat (kehidupan nyata) sangat kurang. Yang lebih parah, ada yang sampai anti-sosial, tidak peduli dengan orang lain, atau malah tidak percaya diri ketika harus bergaul dengan manusia sesungguhnya.
  • Kecanduan Judi - Apakah Anda merasa sangat sulit berhenti berjudi meskipun selalu kalah dalam berjudi? Kalah penasaran, menang ketagihan? Selalu "terpanggil" untuk berjudi ketika memegang uang, meskipun bukan uangnya sendiri. Rela berbohong, berhutang, menjual barang-barang berharga milik keluarga untuk berjudi.
  • Kecanduan Kerja (workaholic) - Bekerja terlalu keras dan tak kenal waktu, terobsesi dengan hasil yang lebih besar, takut menjadi miskin, tidak merasakan puas ketika mendapatkan uang, tidak bisa berhenti memikirkan masalah pekerjaan, mengabaikan keluarga dan kehidupan sosial, selalu mementingkan pekerjaan padahal penghasilannya sudah cukup besar meskipun dirinya bekerja biasa-biasa saja.
  • Kecanduan Baca Novel, cerita seks, tindakan asusila, baca komik, dan bahan bacaan lainnya yang menimbulkan imajinasi. Menarik diri dari kehidupan sosial, tidak punya kehidupan sosial, sedikit teman, dan lebih menikmati "hidup dalam dunia cerita dan imajinasi".
  • Kecanduan untuk melakukan tindakan kriminal : Mencuri, merampok, dll
Daftar kecanduan yang bisa diselesaikan dengan hipnoterapi tentu saja tidak terbatas. Hampir semua jenis kecanduan bisa dihilangkan dengan hipnoterapi asalkan yang bersangkutan benar-benar ingin berubah.

Catatan Untuk Kecanduan Narkoba
Untuk pecandu narkoba yang masih tergantung secara biologis terhadap zat adiktif tertentu, sebaiknya mengikuti hipnoterapi dibawah pengawasan dokter. Meskipun dengan pemrograman pikiran kami bisa membuat pecandu narkoba menjadi sama sekali tidak ingin dan tidak mau mengkonsumsi narkoba lagi dalam sekali terapi, namun menghentikan konsumsi narkoba secara mendadak mungkin bisa menyebabkan kematian. Mintalah pendapat dokter, apakah lebih baik hipnoterapi untuk membuat Anda sedikit demi sedikit meninggalkan narkoba, atau seketika berhenti.
Sekali lagi, apapun jenis kecanduan yang Anda alami, Anda hanya bisa berubah total dengan hipnoterapi apabila Anda sendiri yang ingin berubah. Apabila keputusan untuk menghilangkan kecanduan atau kebiasaan buruk berasal dari bujukan, paksaan, atau tekanan orang lain, maka kemungkinan berhasil akan lebih kecil atau butuh waktu lebih lama. Kalaupun sudah sembuh, kemungkinan kambuh lagi cukup besar.

APA DAMPAK PSIKOLOGIS BAGI PEMAKAI NARKOBA ?




Dampak secara Psikis dan Sosial akibat narkoba
Dampak Psikis:
1. Lamban kerja, ceroboh kerja, sering tegang dan gelisah
2. Hilang kepercayaan diri, apatis, pengkhayal, penuh curiga
3. Agitatif, menjadi ganas dan tingkah laku yang brutal
4. Sulit berkonsentrasi, perasaan kesal dan tertekan
5. Cenderung menyakiti diri, perasaan tidak aman, bahkan bunuh diri

Dampak Sosial:
1. Gangguan mental, anti-sosial dan asusila, dikucilkan oleh lingkungan
2. Merepotkan dan menjadi beban keluarga
3. Pendidikan menjadi terganggu, masa depan suram
Dampak fisik, psikis dan sosial berhubungan erat. Ketergantungan fisik akan mengakibatkan rasa sakit yang luar biasa (sakaw) bila terjadi putus obat (tidak mengkonsumsi obat pada waktunya) dan dorongan psikologis berupa keinginan sangat kuat untuk mengkonsumsi (bahasa gaulnya sugest). Gejata fisik dan psikologis ini juga berkaitan dengan gejala sosial seperti dorongan untuk membohongi orang tua, mencuri, pemarah, manipulatif, dll.

Bahaya bagi Remaja
Masa remaja merupakan suatu fase perkembangan antara masa anak-anak dan masa dewasa. Perkembangan seseorang dalam masa anak-anak dan remaja akan membentuk perkembangan diri orang tersebut di masa dewasa. Karena itulah bila masa anak-anak dan remaja rusak karena narkoba, maka suram atau bahkan hancurlah masa depannya.
Pada masa remaja, justru keinginan untuk mencoba-coba, mengikuti trend dan gaya hidup, serta bersenang-senang besar sekali. Walaupun semua kecenderungan itu wajar-wajar saja, tetapi hal itu bisa juga memudahkan remaja untuk terdorong menyalahgunakan narkoba. Data menunjukkan bahwa jumlah pengguna narkoba yang paling banyak adalah kelompok usia remaja.
Masalah menjadi lebih gawat lagi bila karena penggunaan narkoba, para remaja tertular dan menularkan HIV/AIDS di kalangan remaja. Hal ini telah terbukti dari pemakaian narkoba melalui jarum suntik secara bergantian. Bangsa ini akan kehilangan remaja yang sangat banyak akibat penyalahgunaan narkoba dan merebaknya HIV/AIDS. Kehilangan remaja sama dengan kehilangan sumber daya manusia bagi bangsa.
Apa yang masih bisa dilakukan?
Banyak yang masih bisa dilakukan untuk mencegah remaja menyalahgunakan narkoba dan membantu remaja yang sudah terjerumus penyalahgunaan narkoba. Ada tiga tingkat intervensi, yaitu
1. Primer, sebelum penyalahgunaan terjadi, biasanya dalam bentuk pendidikan, penyebaran informasi mengenai bahaya narkoba, pendekatan melalui keluarga, dll. Instansi pemerintah, seperti halnya BKKBN, lebih banyak berperan pada tahap intervensi ini. kegiatan dilakukan seputar pemberian informasi melalui berbagai bentuk materi KIE yang ditujukan kepada remaja langsung dan keluarga.
2. Sekunder, pada saat penggunaan sudah terjadi dan diperlukan upaya penyembuhan (treatment). Fase ini meliputi: Fase penerimaan awal (initialintake)antara 1 - 3 hari dengan melakukan pemeriksaan fisik dan mental, dan Fase detoksifikasi dan terapi komplikasi medik, antara 1 - 3 minggu untuk melakukan pengurangan ketergantungan bahan-bahan adiktif secara bertahap.
3. Tertier, yaitu upaya untuk merehabilitasi merekayang sudah memakai dan dalam proses penyembuhan. Tahap ini biasanya terdiri atas Fase stabilisasi, antara 3-12 bulan, untuk mempersiapkan pengguna kembali ke masyarakat, dan Fase sosialiasi dalam masyarakat, agar mantan penyalahguna narkoba mampu mengembangkan kehidupan yang bermakna di masyarakat. Tahap ini biasanya berupa kegiatan konseling, membuat kelompok-kelompok dukungan, mengembangkan kegiatan alternatif, dll.
Kombinasi Home Formula (HF) berperan sebagai Obat Narkoba untuk pengobatan kecanduan narkoba. Obat Narkoba ini tidak hanya bekerja untuk mengobati sistem kelenjar syaraf namun obat narkoba ini juga bekerja untuk mengobati organ tubuh. Obat Narkoba ini merupakan hasil penemuan Prof.Dr.Diana Mossop dari Inggris. Obat Narkoba ini sebaiknya digunakan selama minimal 3 bulan pengobatan untuk pemulihan sistem syaraf dan organ tubuh. Pada bulan pertama dan kedua, Obat Narkoba ini bekerja dengan mengeluarkan racun-racun yang mengendap pada batang otak dan organ ; pada bulan ketiga, Obat Narkoba ini bekerja dengan memperbaiki sel-sel yang mengalami kerusakan.