Setiap manusia dalam kesatuan fizikal dan jiwanya, merupakan benda yang menyimpan tenaga potensial. Tenaga potensial manusia yang tersimpan dalam kesatuan fizikal dan jiwanya itu dapat dibangkitkan melalui suatu proses pengolahan atau penekanan tertentu. Tenaga potensial itu dapat dibangkitkan sekurang-kurangnya melalui tiga saluran/perwujudan Chi iaitu : fizikal yang menghasilkan tenaga otot, perasaan yang menghasilkan tenaga emosi dan fikiran yang menghasilkan tenaga kehendak atau daya cipta. Dan hebatnya, manusia sebagai sumber tenaga potensial memiliki banyak kelebihan dibandingkan dengan sumber-sumber tenaga potensial yang lainnya. Kerana tidak hanya tenaga yang dimilikinya lebih besar, manusia dapat berhubungan langsung dengan sumber daya hidup atau sumber Chi. Kemudian menghisap sebanyak-banyaknya daya hidup atau Chi itu daripadanya untuk dihimpun di dalam dirinya (:tempat untuk menghimpun daya hidup disebut CAKRA). Dengan demikian maka tenaga potensial yang boleh dilontarkan oleh manusia menjadi berlipat kali ganda.
Dalam latihan ini kita hanya akan menghadkan pada teknik membangkitkan tenaga potensial melalui saluran perasaan, yang akan menghasilkan tenaga emosi atau kekuatan tenaga dalam. Ada bermacam-macam cara untuk membangkitkan kekuatan tenaga dalam, antara lain adalah dengan : latihan pernafasan, berpuasa, berdzikir, menglafaz mantera/jampi, atau dengan cara menggabungkan pernafasan -puasa-dzikir dan jampi. Cara yang paling popular dan lebih dapat dipertanggungjawabkan secara rasional ialah membangkitkan kekuatan tenaga dalam dengan latihan pernafasan tanpa puasa, dzikir mahupun jampi serapah. Di samping itu, latihan pernafasan juga tidak banyak mengandung konotasi mistis-magis. Membangkitkan kekuatan tenaga dalam dengan pernafasan bahkan juga boleh meningkatkan kesihatan dan kecergasan.
Kecuali untuk mereka yang ingin belajar sendiri, sesi latihan ini dipersiapkan agar dapat dipelajari oleh sesiapa sahaja tanpa harus memaksakan agama dan kepercayaan masing-masing. Oleh kerana itulah maka cara membangkitkan tenaga dalam dengan pernafasan tanpa puasa, dzikir dan melafaz jampi, menjadi pilihan yang paling tepat untuk disajikan dalam latihan ini. Puasa, dzikir dan mantera, sebenarnya hanyalah merupakan sarana penunjang. Yang terpenting dan pertama sekali harus dilakukan ialah, melatih kesedaran akan adanya suatu kekuatan daya hidup yang dikurniakan oleh Tuhan kepada manusia dalam bentuk unsur-unsur hidup, sifat-sifat hidup dan lain sebagainya, yang kesemuanya itu melalui suatu imej ditingkatkan keberadaannya. Jika hal itu sudah terlatih dengan baik maka apa sahaja yang telah dicipta (kehendak), dirasa (dibatin) dan dilakukan dengan rasa-nya, secara automatis akan menjadi doa, menjadi mantera/jampi dan menimbulkan suatu daya atau kekuatan.
A. PENGETAHUAN DASAR PERNAFASAN TENAGA DALAM
Untuk memperoleh tenaga otot orang perlu makan dan makanan tersebut terlebih dahulu harus dioksidasi dengan oksigen yang berasal dari udara di sekeliling kita. Proses oksidasi makanan terjadi di dalam sel tubuh, dan akan menghasilkan tenaga yang akan digunakan untuk memanaskan tubuh, kerja otot dan kegiatan alat-alat tubuh lainnya. Selain menghasilkan tenaga, proses oksidasi ini juga menghasilkan air dan karbon dioksida sebagai zat-zat sisa yang akan dikeluarkan dari dalam tubuh.
Untuk keperluan oksidasi tersebut orang cukup melakukan pernafasan biasa, seperti yang dilakukan oleh makhluk-nakhluk darat yang lain. Akan tetapi untuk memperoleh tenaga emosi/kekuatan tenaga dalam, orang harus melakukan suatu pernafasan yang tidak biasa yang juga disebut pernafasan tenaga dalam. Sebelum lebih banyak kita berbicara tentang latihan pernafasan tenaga dalam, pengetahuan-pengetahuan di bawah ini harus difahami.
1. Proses Pernafasan
Alat-alat pernafasan manusia berfungsi memasukkan udara yang mengandungi oksigen dan mengeluarkan udara yang mengandungi karbon dioksida dan wap air. Saluran pernafasan terdiri atas: rongga hidung/mulut, pangkal tenggorokan (laring), tenggorokan (trakea) dan paru-paru (pulmo) yang terletak di dalam rongga dada. Rongga dada dibatasi oleh tulang rusuk dan diafragma. Diafragma merupakan sekat yang membatasi rongga dada dengan rongga perut, posisinya melengkung ke atas dan sifatnya elastis (lihat gambar).
|
Pada waktu menarik nafas, otot diafragma berkontraksi. Pada mulanya kedududkan diafragma melengkung ke atas sekarang menjadi lurus atau mendatar sehingga rongga dada menjadi mengembang. Hal ini disebut pernafasan perut. Bersamaan dengan kontraksi otot diafragma, otot-otot tulang rusuk juga berkontraksi sehingga rongga dada mengembang. Hal ini disebut pernafasan dada.
Akibat mengembangnya rongga dada, maka tekanan dalam rongga dada menjadi berkurang, sehingga udara dari luar masuk melalui hidung selanjutnya melalui saluran pernafasan akhirnya udara masuk ke dalam paru-paru yang ditandai dengan mengembangnya paru-paru.
Sebaliknya, pengeluaran nafas disebabkan kerana melemasnya otot diafragma dan otot-otot tulang rusuk dan juga dibantu dengan berkontraksinya otot perut. Diafragma kembali menjadi melengkung ke atas, tulang-tulang rusuk turun ke bawah dan bergerak ke arah dalam. Akibatnya rongga dada mengecil dan tekanan dalam rongga dada itu naik. Dengan naiknya tekanan dalam rongga dada, maka udara dari dalam paru-paru keluar melalui saluran pernafasan dan akhirnya keluar dari rongga hidung/mulut.
Sedangkan menahan nafas merupakan keadaan di mana kita mempertahankan paru-paru (beberapa saat) dalam keadaan penuh dengan udara atau sebaliknya sama sekali tanpa udara. Sama ada menghirup/menghisap, menahan mahupun menghembuskan nafas, mempunyai kegunaan yang berbeza-beza di dalam ilmu tenaga dalam. Mengenai hal ini akan diterangkan dalam Tahap Tiga kelak.
2. Teknik Pernafasan Tenaga Dalam
Pada dasarnya teknik pernafasan tenaga dalam itu dibahagi menjadi tiga, iaitu:
a. Teknik Pernafasan Dada b. Teknik Pernafasan Perut, danDi dalam praktik ada aliran perguruan tenaga dalam yang hanya memberikan teknik pernafasan dada sahaja, teknik pernafasan perut sahaja, teknik pernafasan diafragma sahaja, atau ketiga-tiganya sekaligus. Apabila orang melatih tenaga dalam dengan teknik pernafasan dada, maka sentral/pusat getar dari kekuatan tenaga dalamnya kelak akan berpusat di dalam dada. Begitu pula jika kita melatihnya dengan teknik pernafasan perut, pusat getar dari kekuatan tenaga dalam kita akan terpusat pada perut. Dan apabila kita melatihnya dengan teknik pernafasan diafragma, maka pusat getar kekuatan tenaga dalam kita akan berpusat pada perut dan dada. Di dalam latihan ini, ketiga teknik pernafasan tersebut akan dilatih secara khusus satu demi satu.
c. Teknik Pernafasan Diafragma.
Teknik Pernafasan Dada :- DADA Teknik Pernafasan Perut :- PERUT
Teknik Pernafasan Diafragma :- PERUT & DADA
Teknik Pernafasan Dada Teknik pernafasan dada ini dilakukan apabila pada waktu menarik nafas ke dalam paru-paru dan menghembuskan nafas dari dalam paru-paru, yang berkontraksi (dikembang-kempiskan) hanya otot difragma, otot-otot rusuk dan rongga dada. Pada teknik ini otot-otot perut sama sekali tidak ikut berkontraksi (perhatikan gambar di bawah):3. Pola Pernafasan Tenaga Dalam
Pernafaasan Dada
Teknik Pernafasan Perut
Teknik pernafasan perut ini kebalikan dengan teknik pernafasan dada. Teknik pernafasan ini dilakukan apabila pada waktu menarik nafas dan mengeluarkan nafas, ke dalam dan dari paru-paru, hanya otot-otot perut yang berkontraksi. Sedangkan otot-otot rusuk, diafragma dan rongga dada sama sekali tidak ikut berkontraksi ( = tidak ikut mengembang dan mengempis).
Untuk membezakan antara teknik pernafasan dada dan teknik pernafasan perut, cubalah anda berdiri dan ambillah nafas dalam-dalam kemudian tekan pernafasan anda ke bawah pusar. Tahanlah beberapa saat di sana dan cubalah untuk berkata-kata. Apabila kata-kata anda boleh terdengar dengan cukup jelas tanpa harus mengubah posisi kontraksi otot-otot perut, bererti anda telah melakukan pernafasan perut dengan betul.
Perhatikan ilustrasi di bawah ini:
Gambar: Pernafasan Perut
c. Teknik Pernafasan Diafragma
Teknik pernafasan diafragma ini merupakan kombinasi antara pernafasan perut dan pernafasan dada. Pada waktu menarik dan mengeluarkan nafas ke dalam dan dari paru-paru, sama ada diafragma, otot-otot rusuk, rongga dada mahupun otot-otot perut berkontraksi secara bersama-sama. Jika kita rasakan seolah-olah udara tidak hanya masuk ke dalam paru-paru tetapi juga ke dalam perut.
Perhatikan ilustrasi di bawah ini:
Pernafasan Diafragma
Teknik-teknik pernafasan di atas ( : teknik pernafasan dada, perut dan diafragma), harus dilakukan dengan pola pernafasan yang sudah ditentukan. Pada prinsipnya pola pernafasan itu ada dua jenis, iaitu : Pola Pernafasan Segitiga Samasisi dan Pola Pernafasan Segitiga Tidak Samasisi. Kedua pola pernafasan tersebut mempunyai kegunaan dan tujuan yang berbeza. Pola pernafasan Segitiga Samasisi digunakan untuk keperluan bermeditasi, sedangkan pola pernafasan Segitiga Tidak Samasisi untuk menghimpun/mengumpul dan membangkitkan kekuatan tenaga dalam.
Akan tetapi di dalam praktik, ada perguruan tenaga dalam yang menggunakan pola pernafasan segitiga samasisi untuk membangkitkan kekuatan tenaga dalam. Hasilnya tentu sahaja kurang memuaskan. Dan hal itulah barangkali yang menyebabkan kenapa kekuatan tenaga dalam antara perguruan yang satu berbeza dengan yang lain.
a. Pola Pernafasan Segitiga Samasisi Yang dimaksudkan dengan pola pernafasan segitiga samasisi iaitu suatu pola bernafas yang mengandung muatan masa/kiraan yang sama antara menghirup, menahan, dan menghembuskan nafas. Apabila pada saat menghirup nafas menggunakan masa atau kiraan selama 10 saat, menahan nafas harus dilakukan selama 10 saat dan begitu pula pada masa menghembuskan nafas. Proses menghirup nafas harus dilakukan dengan melalui hidung, menahan nafas (boleh di: dada, perut atau diafragma), dan menghembuskan nafas juga harus melalui hidung. Pola pernafasan Segitiga Samasisi tersebut dapat digambarkan dengan ilustrasi seperti di bawah :B. LATIHAN PERNAFASAN TENAGA DALAM
Gambar: Pola Pernafasan Segitiga Samasisi Waktu yang digunakan untuk menghirup, menahan, dan mengeluarkan nafas, tidak boleh langsung ke 10 saat. tetapi harus ditingkatkan setahap demi setahap, mulai dari saat yang pertama. Begitu pula pada waktu akan mengakhiri pernafasan juga harus diturunkan sesaat demi sesaat. Pola pernafasan Segitiga Samasisi ini digunakan untuk bermeditasi bukan untuk membangkitkan kekuatan tenaga dalam dan oleh kerana itu maka tidak akan diajar dalam latihan ini.
b. Pola Pernafasan Segitiga Tidak Samasisi
Pola pernafasan Segitiga Tidak Samasisi, iaitu suatu pola bernafas yang juga terdiri dari proses menghirup, menahan, dan menghembuskan nafas, namun muatan masa/kiraan yang digunakan untuk ketiga proses ( : menghirup, menahan dan menghembuskan) tersebut tidak sama. Oleh kerana pola pernafasan ini digunakan untuk membangkitkan kekuatan tenaga dalam pada tenaga getar ( : pusat tenaga atau Cakra), maka penekanan adalah pada lamanya menahan nafas. Peningkatan kiraan hanya dibenarkan dalam proses menahan nafas, sedangkan proses menghirup dan menghembuskan nafas -- tidak. Lamanya menghirup nafas dan mengeluarkan nafas akan disesuaikan secara automatik pada lamanya menahan nafas.
Perhatikan ilustrasi berikut:
Gambar: Pola Pernafasan Segitiga Tidak Samasisi Lamanya menahan nafas pada pola pernafasan tersebut tidak boleh dikira langsung ke kiraan/saat yang ke-10. Melainkan harus ditingkatkan setahap demi setahap, mulai dari kiraan/saat yang pertama. Begitu pula setelah sampai pada kiraan yang tinggi dan kita sudah tidak kuat untuk meningkatkannya lagi, kita harus menurunkan juga sesaat demi sesaat. Hal ini dimaksudkan agar paru-paru dan jantung tidak mendapat beban kerja secara mendadak. Jika latihan tadi dilakukan secara konsisten, besar sekali pengaruhnya bagi kesihatan kedua organ vital tersebut.
Catatan :
-- menghirup nafas dan menghembuskan nafas, sama ada pada pola pernafasan Segitiga Samasisi mahupun Tidak Samasisi harus dilakukan dengan melalui hidung. Begitu pula pada waktu menggira/menghitung lamanya menghirup, menahan dan menghembuskan nafas harus dilakukan dengan dibatin (dalam hati), tidak boleh diucapkan dengan kata-kata. Hal ini dimaksudkan agar tidak terjadi kontraksi otot pada waktu melakukan pernafasan, kerana gerakan sekecil apapun (kecuali rongga hidung dan otot-otot yang menyokong proses pernafasan yang terdapat di bahagian dada dan perut) akan mengurangi tingkat efektivitas/keberkesanan pernafasan. Khususnya pernafasan untuk membangkitkan tenaga dalam.
Latihan pernafasan tenaga dalam yang akan diajarkan di dalam sesi latihan ini meliputi : teknik pernafasan dada, teknik pernafasan perut dan teknik pernafasan diafragma. Ketiga-tiga teknik pernafasan tersebut dilakukan secara berurutan, dengan menggunakan pola pernafasan Segitiga Tidak Samasisi.
1. Panduan Latihan Panduan-panduan latihan di bawah ini harus anda perhatikan, agar anda dapat melakukan pernafasan dengan benar, efektif dan dapat memberi pengaruh positif bagi kesihatan fizikal mahupun mental anda.
a. Latihan pernafasan tenaga dalam yang akan diberikan dalam sesi latihan ini harus dilakukan setelah terlebih dahulu anda melakukan gerakan-gerakan pemanasan. paling ideal jika dilakukan setelah melakukan latihan dasar-dasar pertahanan diri tenaga dalam. b. Tempat Latihan2. Cara Melakukan Latihan Pernafasan Tenaga Dalam
Latihan harus dilakukan di tempat yang terbuka, tidak tercemar oleh pencemaran udara dan jauh dari kesibukan. Latihan dapat pula dilakukan di tempat tertutup asalkan banyak udara yang boleh masuk. Latihan harus dilakukan di atas tanah atau lantai dan tidak diperkenankan menggunakan sebarang alas. Lebih baik jika anda melakukan dengan tanpa menggenakan baju (misalnya, cukup memakai seluar pendek), sehingga dengan demikian badan anda akan berhubungan langsung dengan udara dan tanah/lantai.c. Masa Latihan :
Pagi :- ( 07.00 pagi sehingga 09.00 pagi ) Petang :- ( 03.00 petang sehingga 05.00 petang )d. Larangan :
Malam :- (10.00 malam sehingga 03.30 subuh )
Latihan tidak boleh dilakukan dalam keadaan perut kenyang atau sebaliknya dalam keadaan perut kosong sama sekali. Kerana hal ini dapat menimbulkan gangguan pada saluran pencernaan. Latihan tidak boleh dilakukan di luar waktu-waktu yang telah ditentukan di atas, kerana boleh memberi efek/pengaruh yang tidak baik bagi kesihatan fizikal dan mental.
Latihan tidak boleh dilakukan pada waktu cuaca buruk, misalnya pada saat matahari terik, saat mendung, hujan dan banyak guruh.
Pada waktu melakukan latihan, semua indera anda akan menjadi sangat sensitif. Jangan sampai anda disentuh atau diganggu orang lain, kerana boleh menimbulkan gangguan pada sistem saraf anda. Maka jika anda melakukan latihan di tempat terbuka sebaiknya ditunggui oleh orang lain. Dan jika melakukan latihan di dalam ruangan/bilik sebaiknya ruangan itu dikunci.
Pada waktu melakukan pernafasan dilarang "kentut", membuka mata, menggerakkan anggota tubuh dan menghirup atau mengeluarkan nafas ebelum sampai pada waktunya. Jika larangan-larangan itu anda abaikan, maka tenaga dalam anda akan "bocor" dan latihan pernafasan anda menjadi tidak efektif.
Bagi mereka yang memiliki penyakit jantung sebaiknya berjumpalah dulu dengan doktor, sebelum melakukan pernafasan tenaga dalam.
Lakukan latihan pernafasan tenaga dalam secara berurutan sesuai dengan urutan gambar-peragaan dan keterangan-keterangan di bawah ini :
a). Berbaringlah di atas lantai, tanpa alas dan tanpa bantal. Letakkan kedua belah tangan anda lurus dengan kaki, dengan telapak tangan menghadap ke atas. Pusatkan konsentrasi, singkirkan untuk sementara semua keruwetan dan tekanan hidup dari fikiran mahupun perasaan anda. Aturlah pernafasan anda se-selesa mungkin sehingga anda dapat melakukan sikap yang pertama ini tanpa tekanan apapun.Dengan melakukan teknik pernafasan dada, perut dan teknik pernafasan diafragma tersebut maka di samping pintu gerbang sumber kekuatan tenaga dalam anda telah terbuka, anda juga telah memiliki cadangan kekuatan tenaga dalam yang tidak kecil jumlahnya. Tentu sahaja jika latihan pernafasan tersebut dilakukan secara rutin dan terus menerus. Persoalan berikutnya yang masih harus anda selesaikan iaitu bagaimana cara menyalurkan/melontarkan kekuatan tenaga dalam yang telah anda kuasai untuk keperluan-keperluan yang baik dan membina/konstruktif.Berbaring dengan se-rileks mungkin, semua ketegangan fizikal mahupun mental harus dilepaskan/dikendurkan. Posisi tangan dan kaki harus ditempatkan secara automatik. b). Pejamkan mata (ringan-ringan sahaja), kemudian berdoalah kepada Tuhan untuk meminta kekuatan lahir dan batin. Doa boleh dengan cukup di batin (diucapkan dalam hati) atau diucapkan dengan kata-kata.
c). Sekarang mulailah mengambil nafas melalui hidung, tahan di dada selama 1 kiraan ( : 1 saat). Kemudian keluarkan perlahan-lahan juga melalui hidung. Langsung ambil nafas lagi melalui hidung, tahan di dada selama 2 kiraan. Kemudian keluarkan perlahan-lahan melalui hidung. lakukan pernafasan tersebut dengan meningkatkan kiraannya satu demi satu hingga mencapai pada kiraan yang tidak terbatas/terhad. Setelah mencapai pada suatu kiraan tertentu dan anda merasa sudah terlalu berat, maka turunkan kembali pernafasan satu demi satu dari atas hingga sampai pada kiraan satu.
Meningkatkan kiraan dan menurunkan kiraan harus dilakukan setahap demi setahap, tidak boleh sekaligus. Pada saat menghirup nafas, anda harus merasakan seolah-olah menghisap daya hidup atau Chi dari alam. Pada saat menahan nafas, anda harus merasakan seolah-olah daya hidup yang telah diserap itu terhimpun di dalam dada. Dan semasa mengeluarkan nafas, anda harus merasakan seolah-olah daya hidup itu anda sebarkan ke seluruh bahagian tubuh anda. Rasakan adanya suatu sensasi dari perasaan yang teramat nyaman di segenap tubuh anda, yang seolah-olah mengalir bersama dengan hembusan nafas yang keluar dari dalam hidung.
d). Setelah selesai menurunkan kiraan pernafasan hingga ke kiraan 1, sekarang ambil nafas lagi melalui hidung, tekan dan tahan pernafasan itu di bawah pusar/pusat selama 1 kiraan. Kemudian keluarkan perlahan-lahan juga melalui hidung, langsung ambil nafas lagi melalui hidung, tekan dan tahan di bawah pusar selama 2 kiraan kemudian dikeluarkan. Begitu seterusnya dengan meningkatkan kiraan seperti pada waktu melakukan pernafasan dada tersebut di atas.
Pada waktu menghirup nafas, anda juga harus merasakan seolah-olah menghirup daya hidup atau Chi dari alam bebas. Namun pada waktu menahan nafas daya hidup atau Chi yang telah anda serap tidak dihimpun di dalam dada melainkan di dalam perut (tepatnya kira-kira 10 cm di bawah pusar). Pada waktu mengeluarkan nafas, daya hidup harus dirasakan mengalir ke segenap bahagian tubuh anda.
e). Sesudah pernafasan perut selesai, lakukan dengan cara yang sama untuk pernafasan diafragma.
f). Dan setelah melakukan pernafasan diafragma, latihan pernafasan tenaga dalam ini dapat diakhiri dengan bersyukur kepada Tuhan lalu meraupkan kedua telapak tangan ke muka. Bersamaan dengan itu, anda harus membuka mata perlahan-lahan, yang bererti semua rangkaian latihan pernafasan anda sudah selesai.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar